Rawatan Ortodontik   Pemutihan Gigi

Mencabut Gigi   Penskaleran dan Penggilapan

Contact Us

Find Us

   

Kami menggunakan peralatan canggih untuk kesihatan mulut anda

 

di Klinik Pergigian TAG.

KORONA DAN JAMBATAN PERGIGIAN

A subscription is required to display the requested content.
The license for (tagdental.my) is not active.

Order Dental Videos

APAKAH KORONA PERGIGIAN?

Ramai yang memilih korona pergigian bagi menggantikan gigi yang hilang atau menguatkan gigi yang lemah. Korona pergigian dibuat daripada bahan pergigian yang ditempatkan di atas gigi untuk memberikan perlindungan dan sokongan tambahan kepada gigi.

 

Terdapat empat jenis bahan yang digunakan untuk korona- seramik, porselin bersama logam, aloi emas dan aloi berasaskan logam. Di Klinik Pergigian TAG kami menggunakan korona bebas logam untuk mengelakkannya memasuki sistem badan yang boleh menjejaskankesihatan anda.

 

BILAKAH KORONA PERGIGIAN DIPERLUKAN?

Jika anda mengalami situasi berikut, doktor gigi anda mungkin akan mengesyorkan korona:

  • Menggantikan tampalan besar apabila tidak ada baki gigi yang mencukupi
  • Melindungi gigi yang lemah daripada patah
  • Memulihkan gigi yang patah
  • Memasang jambatan
  • Menutup implan gigi;
  • Menutup gigi berubah warna atau sumbing
  • Menutup gigi yang mempunyai rawatan kanal akar

 

APAKAH JAMBATAN PERGIGIAN?

Jambatan biasanya digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Jambatan disimen dengan gigi semula jadi atau implan yang mengelilingi ruang kosong. Gigi yang dipanggil ‘abutments’ ini berfungsi sebagai penambat untuk jambatan. Gigi gantian yang dipanggil ‘pontic’ pula ditampal pada korona yang menutupi ‘abutments’.

 

ASama seperti korona, anda juga boleh memilih bahan jambatan. Doktor gigi anda boleh membantu anda membuat keputusan, berdasarkan lokasi gigi yang hilang atau fungsinya, nilai estetika dan kos. Jambatan porselin atau seramik boleh dipadankan dengan warna gigi semula jadi anda.

 

TEMPAH TEMUJANJI