Kami menggunakan peralatan canggih untuk kesihatan mulut anda
di Klinik Pergigian TAG.
Kami menggunakan peralatan canggih untuk kesihatan mulut anda
di Klinik Pergigian TAG.
A subscription is required to display the requested content.
The license for (tagdental.my) is not active.
Implan pergigian adalah tiang logam atau bingkai yang dimasukkan secara pembedahan ke dalam tulang rahang di bawah gusi anda. Setelah dimasukkan, ianya membenarkan doktor gigi memasang gigi gantian di atas implan tersebut.
Implan dibuat dengan memotong tisu gusi pada gigi yang telah hilang. Tulang pada bahagian tersebut akan digerudi dimana implan akan diskru masuk ke dalam tulang sebelum gusi dijahit. Prosedur ini dilakukan dibawah anestesia setempat atau sedatif dan ianya adalah prosedur yang tidak menyakitkan.
Implan pergigian adalah penyelesaian yang selesa bagi mereka yang telah kehilangan gigi akibat pereputan atau kecederaan. Implan juga adalah penggantian kekal yang boleh memberi anda rupa dan rasa gigi yang sebenar.
KELEBIHAN IMPLAN PERGIGIAN
Implan pergigian memberikan rupa dan rasa seperti gigi biasa dan anda akan merasa sangat selesa selepas membuat implan gigi.
Secara estetika, implan gigi juga memudahkan anda untuk makan dan bercakap. Ia juga tidak longgar seperti gigi palsu. Implan pergigian juga memberi manfaat kepada kesihatan mulut kerana ia tidak perlu disambung dengan gigi lain seperti jambatan.