Rawatan Ortodontik   Pemutihan Gigi

Mencabut Gigi   Penskaleran dan Penggilapan

Contact Us

Find Us

   

Kami menggunakan peralatan canggih untuk kesihatan mulut anda

 

di Klinik Pergigian TAG.

RAWATAN ORTODONTIK

Ortodontik adalah rawatan pergigian yang memperbaiki kedudukan gigi dan rahang yang tidak tepat. Rawatan ortodontik membantu anda mendapatkan mulut yang lebih sihat, penampilan yang lebih menarik, dan gigi yang lebih kekal seumur hidup.

 

BILAKAH RAWATAN ORTODONTIK DIPERLUKAN?

Kesihatan mulut anda dinilai dengan menggunakan alat diagnostik yang merangkumi sejarah kesihatan dan pergigian yang lengkap, ujian klinikal, model plaster gigi anda, dan sinar-X serta fotografi khas untuk mengesahkan sama ada ortodontik diperlukan dan merangka pelan rawatan untuk anda.

 

Setiap gigi mempunyai posisi ideal di dalam mulut untuk fungsi pergigian yang baik dan estetik.berikut adalah antara contoh susunan pergigian yang sejajar dan ideal:

  • Susunan gigi yang normal
  • Garis senyuman yang normal

SUSUNAN GIGI YANG NORMAL

(Klick ikon untuk melihat)

GARIS SENYUMAN YANG NORMAL

(Klick ikon untuk melihat)

Anda mungkin memerlukan rawatan ortodontik jika anda mempunyai simptom berikut:

GARIS SENYUMAN RATA

(Klick ikon untuk melihat)

GIGITAN KE DALAM

(Klick ikon untuk melihat)

GIGI SESAK

(Klick ikon untuk melihat)

‘INCREASED OVERJET’

(Klick ikon untuk melihat)

GIGI JARANG

(Klick ikon untuk melihat)

‘REVERSE OVERJET’

(Klick ikon untuk melihat)

GIGI TERBUKA

(Klick ikon untuk melihat)

TONJOLAN BIDENTAL

(Klick ikon untuk melihat)

  • Garisan Senyum Rata (Flat Smile Line) — Garisan senyuman merupakan garisan dari hujung gigi kacip maksilari dan sejajar dengan lengkungan bawah bibir. Apabila ianya rata ia akan merosakkan kecantikan senyuman anda.

 

  • Gigi Jarang (Spacing) — Gigi Jarang ialah masalah jurang antara gigi. Selalunya terjadi apabila gigi bersaiz lebih kecil berbanding ruang yang ada.

 

  • Gigi Sesak (Crowding) — Gigi sesak berlaku apabila saiz gigi dan rahang bercanggah dan menyebabkan barisan gigi tidak sejajar. Gigi yang terlalu besar, rahang kecil atau kombinasi keduanya adalah sebab berlakunya gigi sesak.

 

  • Gigitan Terbuka (Open Bite) — Jenis maloklusi ini tidak mempunyai tindihan menegak atau sentuhan antara gigi kacip atas dan bawah.

 

  • Gigitan ke dalam (Deep Bite or Deep Overbite) – Ini berlaku apabila gigi Kacip Mandibular bertindih menegak secara keterlaluan dengan gigi kacip maksilari di susunan tengah.

 

  • ‘Increased Overjet’ — Keadaan di mana gigi depan atas menonjol ke hadapan di atas gigi bawah dan rapat ke bibir. Ianya juga dikenali sebagai keadaan ‘jongang’.

 

  • ‘Reverse Overjet’ — Reverse overjet’ ialah keadaan hujung gigi bawah yang lebih ke hadapan menghalang bahagian gigi atas.

 

  • Tonjolan bidental (Bidental Protrusion) — Keadaan ini terjadi apabila gigi atas dan bawah menonjol dan menyebabkan bibir ikut menonjol sama.

 

TEMPAH TEMUJANJI