Rawatan Ortodontik   Pemutihan Gigi

Mencabut Gigi   Penskaleran dan Penggilapan

Contact Us

Find Us

   

Kami menggunakan peralatan canggih untuk kesihatan mulut anda

 

di Klinik Pergigian TAG.

KHIDMAT MENCABUT GIGI

[optio-video id=”dentistry/wisdom/extraction”]

Apabila terdapat terlalu banyak kerosakan gigi untuk dibaiki, gigi mungkin perlu dicabut atau dikeluarkan dari soketnya di tulang.

 

Berikut adalah beberapa sebab lain untuk gigi dicabut:

  • Sesetengah orang mempunyai gigi tambahan yang menghalang gigi lain daripada tumbuh.
  • Pemakaian pendakap gigi mungkin memerlukan gigi dicabut bagi memberi ruang kepada gigi untuk berpindah ke tempatnya.
  • Gigi bongsu, yang juga dipanggil molar ketiga, sering dicabut sebelum atau selepas ia tumbuh. Biasanya tumbuh semasa lewat remaja atau awal 20-an, gigi bongsu perlu dicabut jika ianya rosak, dijangkiti, atau tidak cukup ruang untuk tumbuh di dalam mulut.

 

JENIS-JENIS PENCABUTAN

Pencabutan Mudah

Ini dilakukan pada gigi yang dapat dilihat di dalam mulut. Biasanya, doktor gigi akan melonggarkan gigi dengan instrumen yang dipanggil elevator. Kemudian alat yang dipanggil forceps digunakan untuk mengeluarkan gigi.

 

Pembuangan Gigi melalui Pembedahan (Mencabut Gigi Bongsu)

Ini adalah prosedur yang lebih kompleks dan ia perlu dilakukan apabila terdapat gigi yang telah patah atau belum tumbuh. Doktor akan membuat potongan kecil ke dalam gusi anda untuk membuang gigi yang patah atau membuang gigi bongsu. Beberapa tulang disekeliling gigi mungkin perlu di keluarkan atau gigi yang patah separuh perlu dipotong untuk mengeluarkan gigi.

 

APA ITU GIGI BONGSU?

Gigi bongsu adalah molar terakhir pada setiap sisi rahang anda. Kerana ianya yang terakhir untuk tumbuh, selalunya ruang mulut tidak cukup untuk menampung gigi ini. Ini boleh merosakkan atau menyebabkan gigi tersebut terperangkap di bawah tisu gusi gigi lain atau tulang yang akan mengakibatkan gusi bengkak dan sakit.

 

Gigi bongsu yang hanya tumbuh separuh atau tumbuh senget juga boleh mengakibatkan kesakitan, kesesakan, jangkitan dan penyakit. Sekiranya ini berlaku, anda harus segera mendapatkan pemeriksaan oleh doktor gigi untuk mengetahui sama ada gigi perlu dibuang untuk menghilangkan rasa sakit dan juga mengurangkan kesesakan yang berlaku di dalam mulut anda.

 

BAGAIMANA GIGI BONGSU DICABUT?

Pembuangan gigi adalah prosedur yang agak rutin. Doktor gigi anda biasanya akan mengesyorkan anestesia setempat untuk memberi rasa kebas pada mulut. Selepas gigi dicabut, anda mungkin diminta untuk menggigit dengan lembut pada sekeping kain kasa selama 30 hingga 45 minit selepas prosedur, untuk menghadkan sebarang pendarahan yang mungkin berlaku.

 

TEMPAH TEMUJANJI