Rawatan Ortodontik   Pemutihan Gigi

Mencabut Gigi   Penskaleran dan Penggilapan

Contact Us

Find Us

   

At TAG Dental Clinic,

 

we use advanced equipment for your oral health.

PENDAKAP GIGI LUTSINAR (ALIGNERS)?

APAKAH PENDAKAP GIGI LUTSINAR (ALIGNERS)?

Pendakap gigi lutsinar seperti Invisalign® dan ClearSmile adalah acuan cetakan gigi yang dimanipulasi secara kustom dan dibuat khas untuk memberi senyuman sempurna sedikit demi sedikit.

 

BAGAIMANAKAH IANYA BERFUNGSI?

Pendakap gigi lutsinar dicipta khas untuk merawat gigi dewasa. Resin splint yang bio-serasi membenarkan penjajaran gigi tanpa pengunaan besi, kancing, skru atau pendakap.

 

Ia memberi tekanan yang dikalibrasikan kepada gigi untuk menolak kedudukan gigi kepada posisi yang betul.

 

Dengan kemajuan teknologi masa kini, lebih banyak kes boleh dirawat menggunakan pendakap lutsinar berbanding pendakap gigi besi.

 

Setiap langkah pelan rawatan direka khas untuk pesakit dan setiap pendakap lutsinar difabrikasi secara individual serta ditukar beberapa kali untuk memastikan perkembangan lancar sepanjang durasi rawatan.

 

MENGAPA IANYA DIPERLUKAN?

Invisalign®​ ​ adalah inovasi ortodontik terkini.

 

Walaupun pendakap lutsinar mempunyai fungsi yang sama dengan pendakap besi, ianya boleh ditanggalkan serta memberikan keselesaan mulut dan kebersihan gusi yang lebih baik. Kelebihan pendakap lutsinar yang paling ketara ialah ianya lutsinar dan hampir tidak kelihatan memberikan pemakai keyakinan tanpa bimbang dikesan oleh orang lain.

 

Antara kelebihan lain pendakap lutsinar:

  • Pesakit boleh melihat keputusan melalui simulasi komputer sebelum rawatan dimulakan.
  • Ciri pendakap lutsinar yang boleh ditanggalkan memberi pesakit kebebasan untuk makan pelbagai jenis makanan
  • Pendakap lutsinar terbukti memberi keputusan yang lebih cepat berbanding pendakap besi.
  • Ianya lebih bersih berbanding pendakap besi yang menggunakan wayar atau bracket -pendakap lutsinar boleh digunakan sebagai dulang aplikasi untuk rawatan florida untuk membantu pembersihan periodontal.
  • Pendakap lutsinar boleh digunakan sebagai retainer gigi selepas rawatan ortodontik

 

Di klinik pergigian TAG, para pakar kami menawarkan dua jenis pendakap lutsinar: Invisalign® dan ClearSmile. Jangkamasa rawatan kami bergantung kepada tahap keseriusan maloklusi dengan purata masa untuk rawatan penuh ortodontik selama 1.5 tahun (18 bulan) ke 2 tahun (24 bulan). Hubungi kami untuk mendapatkan pilihan yang terbaik untuk anda.

 

TEMPAH TEMUJANJI