Rawatan Ortodontik   Pemutihan Gigi

Mencabut Gigi   Penskaleran dan Penggilapan

Contact Us

Find Us

   

Kami menggunakan peralatan canggih untuk kesihatan mulut anda

 

di Klinik Pergigian TAG.

TEKNOLOGI PERGIGIAN

 

Di Klinik kami, teknologi terkini digunakan untuk memberikan pelanggan kami inovasi terbaik untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan. Dengan peralatan dan perisian yang digunakan, tiada komplikasi pergigian yang tidak dapat dirawat.

 

Berikut adalah teknologi yang digunakan di klinik kami:

 

PERISIAN X DENT

Klinik Pergigian TAG adalah klinik tanpa kertas di mana perkhidmatan kami direka semudah menyentuh skrin. Anda hanya perlu mengisi borang didalam iPad yang disediakan semasatemujanji sambil duduk dengan selesa.

 

Aplikasi klinik boleh dimuat turun untuk kemaskini baki anda, pelan rawatan, promosi terkini, arahan dan penukaran temujanji atau anda juga boleh berkomunikasi secara langsung dengan doktor pergigian anda.

 

PROSENSOR PLANMECA

Penggunaan sinar-x digital memastikan imej berkualiti tinggi didapati untuk diagnostik yang baik. Sinar-x beradiasi rendah dan perisian berteknologi tinggi secara automatik menganalisa sinar-x cephalometrik dan memberikan diagnosis ortodontik yang lebih tepat supaya masalah dapat diatasi dengan selamat dan efisyen.

 

AUTOCLAVE KELAS B/span>

Autoclave kelas B mempunyai tahap membunuh bakteria dan virus yang tertinggi. Autoclave memberikan prestasi maju seperti pensteril hospital dan dikenali sebagai mesin autoclave meja yang paling berkualiti.

 

LASER PERGIGIAN

Laser pergigian merupakan pilihan yang minimal invasif berbanding kaedah tradisi merawat pelbagai masalah mulut dan gigi. Terdapat manfaat yang jauh berbeza dengan penggunaan prosedur ini antaranya ialah mengurangkan ketidakselesaan dan masa penyembuhan buat pesakit. Selain itu jangkitan gusi dapat dikurangkan apabila menggunakan rawatan laser.

 

Kaedah rawatan ini digunakan di dalam banyak bahagian rawatan pergigian seperti:

  • Pembedahan pergigian
  • Ortodontik
  • Endodontik
  • Pemutihan
  • Biostimulati dan rawatan kesakitan TMJ
  • Dipegmintasi Perio gingival dan gingivektomi

 

SISTEM ENDODONTIK ROTARI

Prosedur ini selalunya digunakan untuk merawat kanal akar. Dengan penggunaan peralatan yang berkuasa, pembersihan dan pembentukan kanal akar menjadi sangat tepat serta memudahkan penampalan. Sistem ini juga mengurangkan kesan sensitiviti secara dramatik dan rasa tidak selesa adalah lebih singkat berbanding rawatan endodontik konvensional.

 

LOKATOR APEKS (APEX LOCATOR)

Apex Locator ialah peralatan elektronik endodontik yang menentukan panjang dan ruang kanal akar dengan tepat dimana pembersihan kanal adalah lebih baik dan kurang sakit selepas setiap rawatan.

 

MOTOR PEMBEDAHAN DAN IMPLAN PERGIGIAN

Prosedur pembedahan yang sukar tidak lagi menggunakan tenaga yang banyak hasil penggunaan Motor pembedahan dan implan pergigian. Motor ini adalah pilihan yang lebih selamat berbanding alatan tangan yang biasa. Ianya menggunakan steril saline dan bukan air paip dan menjamin kebersihan. Luka akan terlindung dari pencemaran dan mengelakkan jangkitan. Semasa prosedur pemotongan tulang ianya tidak melepaskan udara yang mengurangkan bengkak dan emfisema selepas pembedahan.

 

TEMPAH TEMUJANJI